Friday, February 4, 2011

+ + + aku cuba mencintaiMu Tuhan + + +


Salam ..
  
aku cuba mencintaiMu tuhan
hati tidak juga terasa
aku cuba berkali-kali pun
tidak terasa apa apa juga
aku fikir-fikir nikmatMu... Lihat seterusnya..
aku kenang-kenangkan rahmatMu
agar nampak kemurahanMu

atas nama ilmu aku akur….
Namun aku belum jatuh hati juga denganMu
aku susah hati, aku sedih selalu
mengapa terjadi begini
mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
sedangkan aku tahuaku akui
nikmatMu terlalu banyak padaku
jika hendak dihitung,tidak mungkin terhitung

Aku iri hati selalu
cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka kepadaMu
hilang selera makan keranaMu
asyik memuja dan memujiMu
mensucikan dan membesarkanMu
terutama di waktu malam yang sepi
di waktu orang mimpi
mereka memujaMU merintih padaMu
mengharap kasih sayangMu
air mata mereka membasahi pipi
adakalanya menitis kebumi

mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah dibibr mereka
Engkau adalah hati jantung mereka
tapi aku tidak begitu
aduh! keras hatiku,keras hatiku
hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku
baru aku sedar cinta padaMU adalah anugerah dan hidayahMu
bertuahlah dan berbahagialah
orang yang Engkau anugerahkan kecintaan padaMu
aku bila lagikah Tuhan?
dapat sedikit pun jadilah

aku tidak akan putus asa
akan ku cuba lagi selagi ada nyawa dibadan
dihujung hidupku kalau dapat pun sudah cukuplah
wahai tuhan ALHANNAN WAL MANNAN......   
by Diwani

***********

Mengapa sukar untuk memberikan hati sepenuhnya kepada Allah? 
Mengapa sukar untuk jatuh cinta dengan Allah? Sungguh, kasih Allah memerlukan masa.
Mari kita mencerminkan diri kita,
Pertama, kita tidak menyedari Allah kita dan bodoh dari hubungan dekat.  
Kedua, kita kurang keinginan untuk  mendekatkn dri dngan Pencipta kita. 



Saat ini, aku yang ditangkap oleh kasih 'dunia'. 
 Aku tidak menafikan bahawa aku salah satu dari mereka. 
Jika aku mengatakan kepada teman aku, cinta aku kepada anda adalah kerana Allah,  
Adakah aku benar-benar bererti cintaku hanya untuk Allah?  
 Dia adalah hanya satu untuk dicintai, harus diingat, untuk dikagumi, untuk disembah ... 
Apakah semua tindakan aku menyatakan bahawa yg aku benar2 mencintaiMu?

Ketika aku tengah siapkn omwork, dan masa tu aku trdengar laungan azan, 
mmg aku tngah struggle gla la utk siapkan omwork aku , 
adakah aku akn meninggalkan omwork aku tym tu? Tidak. 
Ohh .. satg la aku p sembahyang .. [ melewat2kn solat ]
Jadi, apakah hati aku milik Allah lebih baik dari apa pun? 


Ketika aku di tengah tido dan tiba-tiba aku trjaga ..   
aku memutuskan untuk terus berada di alam mimpi aku bukan nak buat Qiamullail.
 Jadi, adakah hati aku milik Allah lebih baik dari apa pun?


Mari kita melakukan refleksi diri ..
Bandingkan cinta yang kita berikan kepada manusia?
Adakah sama, kurang ataupun lebih cinta kita kpd Allah S.W.T 

:) InsyaAllah ini juga advice utk aku serta sesiapa yg mmbaca entry nihh .. Huhu