Friday, February 4, 2011

+ + + aku cuba mencintaiMu Tuhan + + +


Salam ..
  
aku cuba mencintaiMu tuhan
hati tidak juga terasa
aku cuba berkali-kali pun
tidak terasa apa apa juga
aku fikir-fikir nikmatMu... Lihat seterusnya..
aku kenang-kenangkan rahmatMu
agar nampak kemurahanMu

atas nama ilmu aku akur….
Namun aku belum jatuh hati juga denganMu
aku susah hati, aku sedih selalu
mengapa terjadi begini
mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
sedangkan aku tahuaku akui
nikmatMu terlalu banyak padaku
jika hendak dihitung,tidak mungkin terhitung

Aku iri hati selalu
cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka kepadaMu
hilang selera makan keranaMu
asyik memuja dan memujiMu
mensucikan dan membesarkanMu
terutama di waktu malam yang sepi
di waktu orang mimpi
mereka memujaMU merintih padaMu
mengharap kasih sayangMu
air mata mereka membasahi pipi
adakalanya menitis kebumi

mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah dibibr mereka
Engkau adalah hati jantung mereka
tapi aku tidak begitu
aduh! keras hatiku,keras hatiku
hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku
baru aku sedar cinta padaMU adalah anugerah dan hidayahMu
bertuahlah dan berbahagialah
orang yang Engkau anugerahkan kecintaan padaMu
aku bila lagikah Tuhan?
dapat sedikit pun jadilah

aku tidak akan putus asa
akan ku cuba lagi selagi ada nyawa dibadan
dihujung hidupku kalau dapat pun sudah cukuplah
wahai tuhan ALHANNAN WAL MANNAN......   
by Diwani

***********

Mengapa sukar untuk memberikan hati sepenuhnya kepada Allah? 
Mengapa sukar untuk jatuh cinta dengan Allah? Sungguh, kasih Allah memerlukan masa.
Mari kita mencerminkan diri kita,
Pertama, kita tidak menyedari Allah kita dan bodoh dari hubungan dekat.  
Kedua, kita kurang keinginan untuk  mendekatkn dri dngan Pencipta kita. 



Saat ini, aku yang ditangkap oleh kasih 'dunia'. 
 Aku tidak menafikan bahawa aku salah satu dari mereka. 
Jika aku mengatakan kepada teman aku, cinta aku kepada anda adalah kerana Allah,  
Adakah aku benar-benar bererti cintaku hanya untuk Allah?  
 Dia adalah hanya satu untuk dicintai, harus diingat, untuk dikagumi, untuk disembah ... 
Apakah semua tindakan aku menyatakan bahawa yg aku benar2 mencintaiMu?

Ketika aku tengah siapkn omwork, dan masa tu aku trdengar laungan azan, 
mmg aku tngah struggle gla la utk siapkan omwork aku , 
adakah aku akn meninggalkan omwork aku tym tu? Tidak. 
Ohh .. satg la aku p sembahyang .. [ melewat2kn solat ]
Jadi, apakah hati aku milik Allah lebih baik dari apa pun? 


Ketika aku di tengah tido dan tiba-tiba aku trjaga ..   
aku memutuskan untuk terus berada di alam mimpi aku bukan nak buat Qiamullail.
 Jadi, adakah hati aku milik Allah lebih baik dari apa pun?


Mari kita melakukan refleksi diri ..
Bandingkan cinta yang kita berikan kepada manusia?
Adakah sama, kurang ataupun lebih cinta kita kpd Allah S.W.T 

:) InsyaAllah ini juga advice utk aku serta sesiapa yg mmbaca entry nihh .. Huhu

Thursday, February 3, 2011

+ + + peringatan dari zaman bodoh + + +

 
Dosa masa lalu bertandang kembali  
*kenal aku lagi ? tanya dia, sinis.

Aku tunduk malu
Mahu pergi tiada kaki
Mahu tunggu aib terlalu 

Zaman bodoh telah lama pergi
Ulang-ulang bukan ada untung

-Abdullahjones-   

p/s : rendu plak zaman bodoh tpi comel(zaman knk2 Rebina),, oppst ..ni bkan mengenai coretan dats.  
[ Haiss larikk topic ..]
coretan dats tntang dosa yg dlakukn brulang2


Permulaan untuk mencegah hati menjadi kotor dan lalai ialah menjaga anggota badan:
  • Pertama, kawal mulut daripada mengucapkan perkataan tidak baik berupa fitnah, mencela, mencaci dan mengumpat.
  • Kedua, elak mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati.
  • Ketiga, berhati-hati dalam soal memilih makanan dan minuman agar terhindar daripada sumber dan jenis haram.
  • Keempat, menghalang kaki daripada berjalan menuju ke tempat yang berlangsung maksiat.
  • Kelima ialah jauhkan tangan daripada melakukan atau mengambil sesuatu yang haram.
  • Dan, keenamnya, jagalah kemaluan agar tidak melakukan zina.






Monday, January 31, 2011

+ + + Mahar Cinta by DEvotees + + +

 Assalamualaikum ..
lagu ini menyedarkan aku supaya mungutamakan tentang pelajaran daripada percintaan
lagu ni ada maksud yang mendalam. bagus la kalau ramai yang dapat hayati rangkap ke-3
yg paling penting jangan membuang masa melayan/berkhayal dgn perasaan cinta
 mahar cinta explains everything.. aku suke korus dia. :]


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Aku hanya ingin mendoakan kebahagiaan sahabatku yg bakal melangkah ke gerbang perkhawinan ketika masih lagi dlm tempoh pengajian di IPTA .
Ada yg brpendapat tidak setuju mengenai kahwin semasa belajar.
tapi pendapat aku bole terima orang nak kahwin masa belajar, Bergantung pada individu lar...ada yg mampu pikul ada yang tak mampu pikul beban tanggungjawab n dugaan / cabaran berkahwin masa belajar nih. aku tidak menghalang
insyaAllah kalau orang tu betul2 berkahwin kerana Allah :)
“Sebenarnya, ia bergantung kepada seseorang individu. Kerana setiap individu itu berbeza. Sebab itu di dalam Islam, hukum kahwin itu berbeza. Terkadang menjadi wajib, sunat, makruh dan haram. Bergantung kepada keadaannya. Dah kalau berkemampuan, dipersilakan. Moga-moga hati mereka yang mahu berkahwin itu tenang bersama sakinah, mawaddah dan rahmah. Kita seharusnya berdoa begitu.”

Apa pun, perkahwinan ini bukanlah masa depan kita untuk beberapa tahun akan datang sahaja, tapi ia adalah hidup kita selama-lamanya..

                      Percintaan yang halal ialah percintaan selepas pernikahan.

p/s : 1st time dengar pun dah suker.. lirik dia sedarkan kita supaya utamakan pelajaran..
IshIsh ulang lgi ayt nihh lagi oke.. blaja sesungguh. ouhh pesanan ni utk aku jugk  .
ilalliqa' 
                                                                     ♥ ♥ ♥

♥♥♥ MAGICAL PLACES ♥♥♥


Leadenhall Market, London (Diagon Alley)

Ke mana kalau ahli sihir mahu membeli barang keperluan untuk belajar ?Ke Diagon Alley, atau kaum Muggle mengenalnya sebagai Leadenhall Market. Pasar ini sudah ada sejak abad 14 dan tutup hari Sabtu . Binaannya yang indah didirikan abad 19 dan kini menjadi tempat tarikan perlancongan. 

Lacock Abbey, Wiltshire (Hogwarts interiors)

Beberapa adegan interior Hogwarts juga disuntig di biara ini khususnya ketika adegan Harry membebaskan Dobby di film kedua juga beberapa adegan dalam film keenam. Selain itu film The Other Boleyn Girl juga pernah disunting disini. 

King's Cross Station, London (King's Cross interior)

Tak akan sampai ke Hogwarts kalau belum naik dari platform 9 3/4. Platform 9 sendiri aslinya ada di stesen King's Cross dan setelah filmnya popular ada pelekat khusus diletakkan di antara platform 9 dan 10 khusus untuk pelancong yang ingin bergambar. Aslinya dua platform ini tidak bersebelahan tapi dibelah oleh dua rel kereta api. J.K Rowling sendiri mengaku sering lupa akan platform di stesen King's Cross sehinggakan ia salah menulis lokasinya di buku. 

Goathland railway station, Yorkshire (Hogsmeade Station)

Aslinya ini adalah stesen kereta api di North Yorkshire Moors Railways untuk desa Goathland. Lokasinya sendiri dijadikan lakonan tempat desa Hogsmeade. Kerana film pulalah, tempat ini menjadi tempat perlancongan. 

Gloucester Cathedral (Hogwarts corridors)

Kalau di film pertama, kedua dan keenam anda melihat Harry berlari lari di koridor Hogwarts, koridor itu berlokasi di katedral ini. Sebuah katedral yang didirikan abad 17. Beberapa pihak tak suka tempat ini dijadikan lokasi lakonan kerana kisah filmnya dianggap bertentangan dengan agama. 

Durham Cathedral (Hogwarts interiors)

Didirikan di abad 11, tak salah katedral ini dipilih kerana memiliki binaan yang klasik dan indah. Kerana begitu indah, katedral ini dilindungi UNESCO. Di daerah Durham dan sekitarnya, katedral ini menjadi objek tarikan perlancongan.
Christ Church, Oxford (Hogwarts interiors)

Gereja ini sudah ada dari abad 16 juga salah satu universiti konstituen di Oxford. Sebanyak 13 perdana menteri Inggeris pernah bersekolah disini. Selain menjadi lokasi lakonan Harry Potter, bahagian dalam gedung ini juga menjadi lokasi lakonan Brideshead Revisited, dan Alice's Adventures In Wonderland serta Northern Lights, sekuel The Golden Compass.

Alnwick Castle,Northumberland (Hogwarts, outside scenes)

Istana ini bahagian luarnya dijadikan tempat lakonan Hogwarts. Aslinya bangunan tua ini adalah kediaman Duke Northumberland. Banyak bahagian dari istanal ini yang terbuka untuk umum. Selain itu film Robin Hood : Prince of Thieves juga pernah syuting di lokasi yang pernah dikunjungi 195.504 tahun 2006 lalu.



Australia House,The Strand,London (Gringott's Bank)

Ini adalah gedung kedutaan besar Australia di Inggeris yang dibangun tahun 1913 dan arkiteknya adalah Alexander Marshall Mackenzie dan anaknya.Bahagian dalamnya yang mewah dijadikan lokasi syuting bank gringotts di film Harry Potter and the Philosoper's Stone 


Bodleian Library,Oxford (Hogwarts interiors)

Selain menggunakan studio, bahagian dalam Hogwarts juga dilakonkan di perpustakaan Bodleian Library, sebuah perpustakaan di Oxford yang sudah berdiri sejak tahun 1602. Ini adalah perpustakaan lama dan bersejarah kerana memuat banyak teks kuno dan 8 juta benda bersejarah. Bisa jadi J.R.R Tolkien yang dulunya mahasiswa di Oxford, sering berkunjung ke perpustakaan ini.


Alhamdulilah..
siap jgk akirnya..
penat jgk cri sumber2 mklumt tntg nie
+ + +

Wednesday, January 26, 2011

+ + + mudax mudax kaka sygg kmo + + +

Assalamu’alaikum .  

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra'd: 11)

"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (At-Talaq: 3)


Adik-adik, Allah itu sentiasa ada untuk membantu kita~ :)

Aq cuma mahu menjadi kakak yang baik buat adik-adik, yang ada ketika mereka memerlukan, yang mereka boleh berkongsi rasa dan cerita.

Ohhh ya,  aq bukan hanya perlu berusaha menjadi kakak yang baik tetapi juga perlu berusaha menjadi adik, sahabat, isteri, ibu, ibu saudara, nenek dan semuanya yang baik, insyaAllah. Dan yang paling penting, hamba Allah yang baik kerana aq hanya hamba, bukan tuan kepada apa yang bukan milik aq.

"Khairunnas anfa‘uhum linnas.
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain."
(HR Ahmad dan Thabrani)


Adik-adik, sahabat-sahabat dan kakak-kakak, ana uhibbukum fillah~ ;)
credit to AdilaFateha
Terima Kaseh ajar kaka kmo bhasa Arab .. HiHi

Wednesday, January 19, 2011

♥ Ciri-Ciri Wanita Solehah ♥

Salam :)









Iaitu ciri-ciri wanita yang diredhai ALLAH. Wanita yang menyejukkan hati mata yang memandang. Bisa menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah.

(Cerita ini diubahsuai semula berdasarkan saranan dan hukum Al-Quran & Hadis)
Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?"
Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.
"Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata.

Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."
Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian.
Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)
Si ayah terus menyambung.

"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."
Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat:
Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
(Surah Al-Ahzab : 32)

Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.
 "Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.
"Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya.

Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

"Dan ingatlah anakku...
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"
Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti.
INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH
Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

p/s : HAH! Tengok tu, isteri Rasulullah beb... bukannya Siti Nurhaliza, bukannya Britney Spears, bukannya Ning Baizura, dan apatah lagi Jennifer 'Kueh Lopez'...

Tuesday, January 11, 2011

♥ ♥ BUKAN PADA PAKAIAN SEMATA-MATA ♥ ♥

  1. Pada seri seorang wanita itu, yang dipandang adalah pada zahirnya terlebih dahulu. Begitulah selalunya pentafsiran dan pandangan seorang manusia. Jika baik luarannya, baik juga dalamannya. Ya, itu adalah prinsip yang tepat dalam penilaian manusia. Kita bukan Tuhan yang mampu menghukum mana-mana manusia sebagai baik atau buruk. Apa yang dipandang itulah yang ditafsirkan.    


Pakaian. Ia adalah penilaian yang paling mudah untuk dinilai. Tetapi ia bukanlah tafsiran 100% untuk mengatakan seorang itu baik.

Dalam membincangkan soal akhlak, ia tidak tertumpu semata-mata kepada aspek pemakaian sahaja, jauh dari sudut itu adalah soal ‘nilai tambah’ yang membolehkan seseorang itu menjadi muslimat yang mempunyai ciri-ciri kemuslimatannya dan jua menjadikan dia lebih istimewa. Tudung sahaja belum memadai jika tingkah-lakunya masih persis ‘wanita murahan’. Menutup aurat juga tidak bererti jika tutur katanya tidak ‘ditutup’ dan dijagai rapi.

Menutup aurat dan berpakaian dengan baik mengikut garis pandu agama adalah soal hukum sahaja.

Pakaian mungkin menjadi simbolik kepada akhlak luaran yang boleh dipamerkan. Namun, di sebalik itu ada pakaian yang lebih hakiki yang akan menggambarkan imej muslimah yang sebenar iaitu pakaian akhlak.

Kerana itulah, apabila Rasul saw menceritakan kepada para sahabatnya tentang perihal wanita yang solehah, baginda akan menggambarkan bagaimana akhlak yang harus dimiliki tanpa mengkhususkan bahawa pakaian itulah adalah tafsiran menyeluruh kepada makna sebenar akhlak. Pakaian hanya bersangkutan dalam soal hukum-hakam, bagi yang telah menutup auratnya dengan sempurna sudah dikira terlepas daripada kewajipan hukum.

Tinggal lagi, bagaimana seseorang itu menjadi cantik dengan hukum yang diamalkan seiring akhlak baik yang dimiliki.

Bukankah lebih indah, jika prinsip hukum itu digabung-jalinkan dengan kecantikkan akhlak?

Namun, mutakhir ini dunia kian terbalik. Pakaiannya lebih cantik mengalahkan akhlaknya yang kurang cantik. Pakaiannya mampu dibeli dengan harga yang sangat mahal, tetapi akhlaknya terlalu murah harganya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.  




Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Monday, January 10, 2011

Selamat tinggal sekolah : (

  Sek.Keb.Jeli 2  ini la sekolah yang paling aq sygg
   Pentas sekolah nihh banyak menyimpan berjuta kenangan yang tak dapat aq lupakan .


Lencana sek.keb.Jeli (2) yg sempoi
tak perlu jahit  just lekat and iron
 ***
Cekgu Abdul Malik bin Kiman (ngajar BM)
cekgu yang paling aq sygg kt jeli 2
baik hati
friendly dng student
bertanggungjawab
gigih
pemurah
tak pernah lekang dengan senyuman
 cekgu library 
keta putih nissan sunny

the uniform that i can say we wear it the most in our life. since 7 years old, until now
we're 17 . still wearing. 10 years with this white shirt,
u just imagine, lepas ni bgn tidoq, mandi, then pakai baju uniform biasa on weekdays,
sounds weird isnt it? x yah pakai uniform dah.
gonna miss this school live doh. dah tak da shopping barang2 sekolah dkt2 habes musim cuti sekolah? best tu mmg best . tapi rasa jugak rinduu skolah nnt.
dah x da jumpa kawan2 kat skola, hai sana hi sini. dpt jumpa pun kawan2 rapat ja la.
no more juniors and seniors? dah x da dpt tgk budak2 yg poyo, wannabe? 
no more supporting teachers and annoying teachers? . ohhh rinduu betuuulll.
x dok suasana tu dahhh doh. x da dah dlm kelas sakat2 kawan. takda lagi ddk kat dewan
melanguk utk sambutan merdeka ? hari guru ?
tak da lagi denda2 sbb dtg lambat ?
hmppp takda lagi tuition ?
tapii banyak jugak benda yg best sbb dh x sekolah.
anyway, just enjoy this school life.

~♥~