Monday, January 31, 2011

+ + + Mahar Cinta by DEvotees + + +

 Assalamualaikum ..
lagu ini menyedarkan aku supaya mungutamakan tentang pelajaran daripada percintaan
lagu ni ada maksud yang mendalam. bagus la kalau ramai yang dapat hayati rangkap ke-3
yg paling penting jangan membuang masa melayan/berkhayal dgn perasaan cinta
 mahar cinta explains everything.. aku suke korus dia. :]


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Aku hanya ingin mendoakan kebahagiaan sahabatku yg bakal melangkah ke gerbang perkhawinan ketika masih lagi dlm tempoh pengajian di IPTA .
Ada yg brpendapat tidak setuju mengenai kahwin semasa belajar.
tapi pendapat aku bole terima orang nak kahwin masa belajar, Bergantung pada individu lar...ada yg mampu pikul ada yang tak mampu pikul beban tanggungjawab n dugaan / cabaran berkahwin masa belajar nih. aku tidak menghalang
insyaAllah kalau orang tu betul2 berkahwin kerana Allah :)
“Sebenarnya, ia bergantung kepada seseorang individu. Kerana setiap individu itu berbeza. Sebab itu di dalam Islam, hukum kahwin itu berbeza. Terkadang menjadi wajib, sunat, makruh dan haram. Bergantung kepada keadaannya. Dah kalau berkemampuan, dipersilakan. Moga-moga hati mereka yang mahu berkahwin itu tenang bersama sakinah, mawaddah dan rahmah. Kita seharusnya berdoa begitu.”

Apa pun, perkahwinan ini bukanlah masa depan kita untuk beberapa tahun akan datang sahaja, tapi ia adalah hidup kita selama-lamanya..

                      Percintaan yang halal ialah percintaan selepas pernikahan.

p/s : 1st time dengar pun dah suker.. lirik dia sedarkan kita supaya utamakan pelajaran..
IshIsh ulang lgi ayt nihh lagi oke.. blaja sesungguh. ouhh pesanan ni utk aku jugk  .
ilalliqa' 
                                                                     ♥ ♥ ♥