Thursday, February 3, 2011

+ + + peringatan dari zaman bodoh + + +

 
Dosa masa lalu bertandang kembali  
*kenal aku lagi ? tanya dia, sinis.

Aku tunduk malu
Mahu pergi tiada kaki
Mahu tunggu aib terlalu 

Zaman bodoh telah lama pergi
Ulang-ulang bukan ada untung

-Abdullahjones-   

p/s : rendu plak zaman bodoh tpi comel(zaman knk2 Rebina),, oppst ..ni bkan mengenai coretan dats.  
[ Haiss larikk topic ..]
coretan dats tntang dosa yg dlakukn brulang2


Permulaan untuk mencegah hati menjadi kotor dan lalai ialah menjaga anggota badan:
  • Pertama, kawal mulut daripada mengucapkan perkataan tidak baik berupa fitnah, mencela, mencaci dan mengumpat.
  • Kedua, elak mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati.
  • Ketiga, berhati-hati dalam soal memilih makanan dan minuman agar terhindar daripada sumber dan jenis haram.
  • Keempat, menghalang kaki daripada berjalan menuju ke tempat yang berlangsung maksiat.
  • Kelima ialah jauhkan tangan daripada melakukan atau mengambil sesuatu yang haram.
  • Dan, keenamnya, jagalah kemaluan agar tidak melakukan zina.